Pelaksanaan rancangan perumahan kos rendah oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Negeri Selangor Darul Ehsan : anali

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-02
Authors
Rosmadi, Fauzi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini merupakan satu kajian aplikasi sistem maklumat geografi dan pilihan raya. Matlamat utama kajian ialah untuk mengaplikasikan Sistem Maklumat G~ografi (GIS) dan pili han raya dalam membentuk sebuah model ruangan pengundian di wilayah utara yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu Perl is, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kajian ini telah menunjukkan potensi tiga gabungan bidang iaitu GIS, statistik dan pilihan raya dalam pembentukan model pengundian. Pembentukan model corak pengundian telah dilakukan dengan mengintegrasikan teknik GIS dan kaedah regresi logistik. Keupayaan penggunaan GIS dalam kajian ini ditunjukkan dalam pembangunan pangkalan data, analisis pangkalan data dan penghasilan peta-peta bagi memaparkan lokasi kawasan majoriti undi dan peta-peta bagi setiap pembolehubah lain. Teknik GIS turut digunakan untuk menganalisis bagi memperolehi maklumat-maklumat ruangan bagi pembolehubah-pembolehubah seperti yang dinyat¥an di dalam kajian. Model ruangan corak pengundian yang dibangunkan boleh digunakan untuk meramal probabiliti pengundian sarna ada DUN meraih undi majoriti yang berpihak kepada parti pemerintah ataupun tidak di kawasan kajian. Model ruangan corak pengundian yang dibentuk menunjukkan bahawa faktor lokasi pusat bandar, lokasi ibu negeri, kaum, infrastruktur dan indeks kepadatan merupakan di antara faktor utama yang mempengaruhi pengul'ldian dalam pembentukan model. Model ruangan yang dibangunkan ini juga boleh menjadi maklumat asas dalam pembuat penilaian awal sesuatu polisi dan dapat membantu perancang polisi membuat perancangan memandangkan terdapat data-data demografi, sosioekonomi, struktur dan lokasi dalam pembentukan model ini.
Description
Keywords
Mengaplikasikan Sistem Maklumat G~ografi (GIS) dan pili han raya , dalam membentuk sebuah model ruangan pengundian di wilayah utara
Citation