The use of microfilter recovered palm oil mill effluent (POME) sludge as fish feed ingredient

Loading...
Thumbnail Image
Date
2009-06
Authors
Ahmed, Mahmud
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini membincangkan kebolehan menBgunakan lipid, protein dan karbohidrat daripada efluen kelapa sawit (POME) yang telah melalui proses mikroturasan bersaiz 0.45/lm sebagai ramuan makanan ikan Nile tilapia, Oreochromis niloticus. POME mengandungi kandungan bahan organik yang amat tinggi seperti lipid, protein dan karbohidrat yang merupakan kandungan organic dalam bentuk keperluan oksigen kimia (COD), pepejal terampai (SS) dan minyak dan gris (O&G). Jumlah nutrien didalam deposit terdiri daripada 45.63% lipid, 10.49% protein dan 18.82% karbohidrat. Komponen cecair saki baki tersebut telahpun dikeluarkan cecair sambil mengekalkan 96% minyak dan gris, 98.1 % pepejal terampai, 81 % keperluan oksigen kimia dan 43.75% jumlah nitrophile Kjeldahl (Total Kjeldahl Nitrogen). Kegunaan nutrien yang diperolehi daripada MF POME ini sebagai ramuan makanan ikan dikaji dengan memberi ikan Nile tilapia, Oreochromis niloticus makan enapcemar POME yang kering selama 6 minggu. Eksperimen ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan menggantikan minyak ikan dengan enapcemar POME yang dimikroturas dari segi kadar pembesaran, faktor pemakanan dan komposisi otot ikan Nile tilapia, Oreochromis niloticus. 3 diet praktikal telah disediakan, iaitu minyak ikan (FO), minyak kelapa sawit mentah (CPO) dan enapcemar POME kering yang telah dimikroturas (MDPS}serta formulasi yang mengantikan FO didalam diet CPO dan MDPS. Kadar tumbesaran amat ketara (P<0.05) lebih baik didalam diet DMPS (peningkatan berat ikan 97.40%) berbanding dengan makanan ikan FO (peningkatan berat ikan 64.97%) dan CPO (68.33%). Pemakanan berdasarkan kadar nisbah penukaran makanan (FCR; 1.3) dan nisbah kecekapan protein (PER; 1.97) diperolehi daripada makanan ikan MDPS berbanding dengan diet FO (FCR; 1.82, PER; 1.35) dan CPO (FCR; 1.83, PER; 1.35). Makanan ikan MDPS menunjukkan Kadar Pertumbuhan Spesifik (SGR) sebanyak 1.96 manakala diet FO dan CPO menpunyai nilai SGR 1.20 dan 1.23 masing-masing. Jangkamasa hayat makanan ikan MDPS paling tinggi berbanding makanan ikan yang lain. Keputusan kajian ini juga menunjukkan kualiti bangkai ikan tidak dikompromi dengan penggunaan MDPS. Kandungan lemak aced tepu lipid otot ikan yang diberi MDPS tidak meningkat dan menunjukkan lemak asid politaktepu (PUFA) yang rendah berbanding dengan ikan yang menerime diet FO. Walau bagaimanapun, kepekatan individu PUFA didalam otot lipid dipengaruhi oleh kepekatan PUFA beransurkan dietnya. Daripada kajian, didapati enapcemar POME boleh digunakan sebagai ramuan altematif didalam makanan ikan Nile tilapia, Oreochromis niloticus berdasarkan nilai nutrien dan mudah diperolehi serta kandungan PUF A yang rendah.
Description
Keywords
Kebolehan menBgunakan lipid, protein dan karbohidrat daripada efluen kelapa sawit , sebagai ramuan makanan ikan Nile tilapia
Citation