Pengurangan Risiko Bencana Tanah Runtuh Berasaskan Penyertaan Komuniti Di Desa Mekarwangi, Kecamatan Lembang, Bandung Barat, Indonesia
Loading...
Date
2015-03
Authors
SARTAWA, DEDE KUSWANDA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian Pengurangan Risiko Bencana Tanah Runtuh Berasaskan Penyertaan Komuniti di Desa Mekarwangi Kecamatan Lembang Kabupaten Bandung Barat Indonesia ini bertujuan untuk memperoleh gambaran menyeluruh berkaitan risiko (risk) bencana tanah runtuh yang meliputi ancaman, pendedahan dan kemampuan komuniti dalam penanganan bencana. Kajian ini turut menganalisis usaha pengurangan risiko bencana tanah runtuh daripada aspek pencegahan, pengurangan risiko dan kesiapsiagaan. Seterusnya kajian telah menganalisis pengurangan risiko bencana tanah runtuh berasaskan penyertaan komuniti, khususnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan serta penilaian pengurangan risiko bencana. Fokus utama pengurangan risiko bencana berasaskan penyertaan komuniti ini banyak menekankan kepada unsur pemerkasaan sumber daya tempatan iaitu penglibatan komuniti secara langsung dalam aspek pencegahan (prevention), mitigasi (mitigation) dan kesiapsiagaan (preparedness) dalam menghadapi bencana tanah runtuh. Kajian kualitatif berbentuk tindakan atau action research ini telah melibatkan teknik pengumpulan data melalui temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa komuniti di Desa Mekarwangi sangat berisiko tinggi kepada bencana tanah runtuh. Pengurangan risiko bencana tanah runtuh berasaskan penyertaan komuniti telah diperkenalkan dan melibatkan beberapa fasa utama, termasuklah (1) pemilihan komuniti sasaran, (2) membangun hubungan dan memahami komuniti, (3) penilaian risiko bencana secara penyertaan, (4) membentuk dan melatih komuniti dalam pengelolaan risiko, (5) membentuk
xix
rancangan pengurangan risiko bencana, (6) pelaksanaan oleh komuniti, dan (7) pemantauan serta penilaian secara penyertaan komuniti. Cadangan kajian antaranya banyak menekankan kepada keperluan melakukan pemetaan risiko bencana dan kepentingan pelatihan kepada komuniti, khususnya dalam aspek pencegahan mahu pun mitigasi bencana tanah runtuh. Model “Proses Praktis Pengurangan Risiko Bencana Tanah Runtuh Berasaskan Penyertaan Komuniti” turut diperkenalkan hasil daripada kajian tindakan yang telah dijalankan.
Description
Keywords
Pengurangan Risiko Bencana Tanah Runtuh Berasaskan Penyertaan Komuniti , Di Desa Mekarwangi, Kecamatan Lembang, Bandung Barat, Indonesia