Transformasi Organisasi Masyarakat Sivil Dan Kelestarian Perdamaian Di Aceh, Indonesia
Loading...
Date
2017-02
Authors
Tjoetra, Afrizal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan untuk menganalisis peranan yang dimainkan oleh
Organisasi Masyarakat Sivil (OMS) di Aceh pada era konflik, pasca bencana
tsunami, serta pasca MoU Helsinki. Persoalan utama yang ditimbulkan oleh
kajian ini adalah sama ada usaha yang dilakukan OMS itu telah
menyumbang kepada penyelesaian konflik Aceh serta membantu
mewujudkan perdamaian yang berkelanjutan. Penyelidikan ini dilakukan
dengan menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalis data primer dan
sekunder. Kumpulan data dianalisis mengikut kerangka teoritikal dan
pemboleh ubah yang dibentuk melalui pengumpulan teori-teori dalam
bidang sosiologi, konflik, perdamaian, dan OMS. Kajian ini mendapati
bahawa OMS di Aceh telah aktif melaksanakan pelbagai usaha pembinaan
perdamaian dengan peranan yang berbeza.
Description
Keywords
sociology , history , humanities , culture , society , institutionalism in political parties , war