Orientasi Pasaran, Kelebihan Daya Saing Dan Prestasi Syarikat Kecil Dan Sederhana Di Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2008-07
Authors
Madjid, Iskandarsyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan pada usaha kecil dan sederhana di Indonesia dengan mengambil kira faktor-faktor yang menjadi permasalahan kebanyakan usaha kecil dan sederhana di Indonesia iaitu dalam bidang pemasaran dengan memasukkan faktor-faktor kelebihan daya saing yang dimiliki oleh usaha kecil dan sederhana tersebut. Kajian ini bertujuan menjelaskan pengaruh orientasi pasaran terhadap prestasi syarikat. Di samping itu kajian ini menjelaskan kesan orientasi pasaran terhadap kelebihan daya saing sebagai pembolehubah pencelah yang seterusnya mempengaruhi prestasi syarikat. Selanjutnya kajian ini memasukkan faktor teknologi sebagai pembolehubah penyederhana antara hubungan orientasi pasaran dengan kelebihan daya saing. Usaha kecil dan sederhana yang menjadi tumpuan kajian ini iaitu yang memiliki bilangan pekerja antara 10 hingga 250 pekerja penuh masa. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang direka bentuk berdasarkan kajian kajian terdahulu. Sebanyak 199 soal selidik telah diterima yang dapat dipergunakan untuk menganalisis hipotesis. Berdasarkan analisis regresi dapat disimpulkan bahawa orientasi pasaran yang terdiri dari orientasi pelanggan, orientasi pesaing dan koordinasi antara jabatan mempengaruhi prestasi syarikat dengan tumpuan lebih kepada orientasi pelanggan dalam pencapaian prestasi syarikat. Wujud pengaruh positif dari pada ketiga dimensi orientasi pasaran dengan ketiga dimensi kelebihan daya saing dengan tumpuan lebih kepada koordinasi antara jabatan dalam mencapai kelebihan kos rendah, kelebihan perbezaan dan kelebihan tumpuan. Hanya perhubungan orientasi pesaing dengan kelebihan perbezaan yang tidak memiliki perhubungan yang signifikan. Pembolehubah penyederhana teknologi skel kecil dan skel besar menunjukan bahawa hanya teknologi skel kecil yang menjadi penyederhana terhadap perhubungan orientasi pelanggan dengan kelebihan kos rendah. Kajian ini juga mendapati bahawa kelebihan kos rendah menjadi tumpuan dalam pencapaian prestasi tinggi dibandingkan dengan kelebihan perbezaan dan kelebihan tumpuan. Sebagai pembolehubah pencelahan kelebihan daya saing menunjukkan bahawa hanya kelebihan perbezaan saja yang bukan merupakan pembolehubah pencelahan terhadap perhubungan orientasi pesaing dengan prestasi syari~at.
Description
Keywords
, Kelebihan daya saing dan prestasi , syarikat kecil dan sederhana di indonesia.
Citation