Kajian Kritis Terhadap Aplikasi Istislah Dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia

dc.contributor.authorBustami Nurdin, Zulfahmi
dc.date.accessioned2018-01-23T02:39:39Z
dc.date.available2018-01-23T02:39:39Z
dc.date.issued2017-08
dc.description.abstractTesis ini mengkaji metodologi istislah dalam hukum Islam, terutama mengenai kaedah dan keriteria penggunaannya dalam amalan ijtihad yang diaplikasi terhadap perumusan pembaharuan undang-undang keluaga Islam dalam peruntukan Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia. Selanjutnya kajian menyelidik tentang sejarah penggubalan Kompilasi Hukum Islam (KHI) serta fungsi dan kedudukannya dalam sistem hukum nasional Indonesia, khasnya dalam konteks formulasi pembaharuan sebahagian peruntukannya oleh para penggubal yang berasaskan kepada fungsi siyasat syar‘iyyat dengan menggunakan dalil istislah. Tesis ini mengkaji aplikasi istislah terhadap isu-isu pembaharuan dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesia yang terdiri daripada hukum perkahwinan, hukum pewarisan (termasuk hibah dan wasiat) dan wakaf. Adapun kaedah kajian dalam tesis ini menggunakan kajian kualitatif dengan mengumpulkan data menerusi kajian kepustakaan terhadap karya para ulama dan penggubal untuk memperoleh data sekunder berkaitan objektif kajian. Kajian lapangan dengan temubual pula dijalankan untuk memperoleh data primer bagi pengesahan pandangan para ulama penggubal. Temubual dilakukan terhadap para ulama akademisi dan praktisi hukum. Data daripada kajian dianalisis menggunakan metode analisis kandungan dengan pendekatan komparatif. Kajian mendapati bahawa metodologi istislah dalam hukum Islam diperakui oleh majoriti ulama mazhab sebagai dalil syarak. Namun, dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah, dawabit-dawabit dan syarat-syaratnya dalam ber-istidlal. Dapatan kajian membuktikan bahawa Kompilasi Hukum Islam merupakan undang-undang keluarga Islam yang diperakui fungsi dan kedudukannya dalam sistem hukum nasional Indonesia yang berasas siyasat syar‘iyyat, terutama dalam meng-istinbat peruntukan hukum keluarga yang dilakukan oleh para ulama yang kompeten dalam menggunakan dalil istislah. Selanjutnya dapatan kajian menemukan bahawa ada sebelas isu pembaharuan dalam peruntukan Kompilasi Hukum Islam yang diformulasikan dengan menggunakan metodologi istislah dapat diterima secara umum kerana tidak bercanggah dengan maqasid al-syari‘at dan prinsip-prinsip umum syariat serta telah memenuhi syarat-syarat ber-istidlal.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5448
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKajian kritis terhadap aplikasi istislah dalamen_US
dc.subjectkompilasi hukum Islam Indonesiaen_US
dc.titleKajian Kritis Terhadap Aplikasi Istislah Dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: