Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Tesis by Author "Ahmad Zahir, Muhammad Suhaib"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationBadiuzzaman Said Nursi (1877-1960 M) Dan Risālah Al-Nūr: Kajian Terhadap Isu-Isu Pan-Islamisme Dan Hubungannya Dengan Idea Pembaharuan Dalam Dakwah Di Turki(2022-03)Ahmad Zahir, Muhammad SuhaibKajian ini memfokuskan perbahasan mengenai pemikiran Badiuzzaman Said Nursi berpandukan karya utamanya iaitu himpunan Risālah al-Nūr di era kemunduran dunia Islam sedang menghadapi krisis perpecahan di Turki pada abad ke-20 M. Kemunculan gagasan Pan-Islamisme sebagai tawaran yang popular ketika krisis itu telah menuntut Said Nursi melaksanakan dakwah dengan pendekatan tersendiri sehingga berjaya mempengaruhi sebahagian besar masyarakat Islam di Turki. Tesis ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengkaji isu-isu dakwah yang terdapat dalam Pan-Islamisme. Kedua, mengkaji idea Said Nursi dalam dakwah dan ketiga, menganalisis idea dakwah Said Nursi dan kaitannya dengan pengaruh dakwah Pan-Islamisme.