Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) - Tesis
Browse
Browsing Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) - Tesis by Author "Nurdin, Ridwan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationKriteria Dan Tahap Kesetiaan Pekerja Perbankan Islam Di Banda Aceh, Indonesia(2016-11)Nurdin, RidwanKesetiaan pekerja merupakan satu pembahasan penting yang menarik minat banyak ahli sains pengurusan sumber manusia dan perilaku organisasi. Perkara ini disebabkan selain kerana kesetiaan pekerja akan menguntungkan majikan juga dapat dimanfaatkan kepada kemajuan dan pembangunan organisasi atau syarikat. Oleh itu pandangan Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim perlu diambil berat, kerana pandangan lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau tasawumya. Isu ini boleh diselesaikan melalui konsep kesetiaan pekerja dalam perspektif Islam (KPI). Kajian ini memiliki tiga objektif, iaitu a) Mengenal pasti konsep KPI; b) Menganalisis dan membentuk kriteria KPI; dan c) Menilai kesetiaan pekerja di Institusi Perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia berdasarkan kriteria KPI. Kajian ini dibahagi kepada dua fasa, iaitu teoretikal dan empirikal.