Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) - Tesis
Browse
Browsing Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) - Tesis by Author "Nurul Farhana Binti Yahaya"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPerwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam Berdasarkan Tamthiliyyat Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy(2022-09)Nurul Farhana Binti YahayaKajian ini meneroka salah satu gaya bahasa al-Qur’an iaitu tamthiliyyat (perumpamaan) yang mengajak manusia untuk berfikir dan membentuk perwatakan yang ideal. Persoalannya, apakah ayat-ayat tamthiliyyat yang berkaitan dengan perwatakan pelaku pembangunan? Apakah golongan-golongan yang disebutkan dalam tamthiliyyat al-Qur’an? Bagaimanakah perwatakan dari tamthiliyyat mampu membentuk perwatakan ideal pelaku PBI? Berdasarkan persoalan ini, maka kajian ini cuba mengkaji perwatakan pelaku PBI yang ideal daripada al-Qur’an. Ia dilakukan secara tafsir al-mawdu‘iy bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat yang mempunyai tamthiliyyat tentang perwatakan pelaku pembangunan dalam al-Qur’an. Kedua, menganalisis perwatakan pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat yang dikenal pasti itu. Ketiga, merumuskan perwatakan ideal pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat al-Qur’an. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kajian kualitatif asas (basic qualitative) ini mengguna pakai kaedah analisis mawdu‘iy (tema atau tajuk).