Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan - Tesis by Author "Abdul Hamid, Syamsul"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationHubungan Antara Kepimpinan Teknologi Dengan Pengintegrasian Tmk Dalam Pdpc: Kompetensi Tmk Guru Sebagai Mediator Dan Jantina Sebagai Moderator(2022-03)Abdul Hamid, SyamsulTuntutan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada masa kini yang cenderung kepada pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kian mencabar dan memerlukan faktor pendorong terutamanya peranan kepimpinan dan guru ke arah memenuhi tuntutan tersebut. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji peranan kepimpinan teknologi, kompetensi TMK guru dan pengintegrasian TMK dalam PdPc pada peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, terdapat beberapa perkara akan dikenal pasti seperti hubungan antara kepimpinan teknologi dengan pengintegrasian TMK dalam PdPc, peranan kompetensi TMK guru sebagai mediator terhadap hubungan tersebut, dan faktor demografi jantina sebagai moderator hubungan antara kompetensi TMK guru dengan pengintegrasian TMK dalam PdPc.