Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh - Tesis by Author "Saari, Haslindawati"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationSurat Raja-Raja Dan Surat Undang-Undang: Cerminan Sosioekonomi Orang Melayu Kedah Sehingga Awal Kurun Ke-20(2022-09)Saari, HaslindawatiKajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan Surat Raja-Raja (SRR) dan Surat Undang-Undang (SUU) kepada pensejarahan sosioekonomi orang Melayu Kedah pada penghujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. SRR dan SUU merupakan rekod bertulis mengenai pentadbiran dan perundangan Kedah bawah pemerintahan kesultanan Melayu yang dinaungi kuasa asing iaitu Siam, kemudiannya British. Objektif kajian adalah untuk menilai kepentingan SRR dan SUU sebagai cerminan sosioekonomi orang-orang Melayu Kedah pada penghujung kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Selain itu, kajian ini membincangkan isu-isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang-orang Melayu akibat daripada perubahan dalam pentadbiran dan perundangan negeri. Berdasarkan SRR dan SUU, kajian ini menganalisis kegiatan jenayah dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat Melayu Kedah akibat ketidakseimbangan ekonomi di Kedah. Penyelidikan kajian ini menggunakan kaedah sejarah yang merujuk kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan tematik dalam penulisan bab. Melalui kaedah kualitatif, SRR dan SUU dijadikan sebagai sumber khusus kajian dalam aspek membincangkan sosioekonomi orang Melayu Kedah sehingga awal kurun ke-20.