Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Browse
Browsing Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh by Author "Mahadzir, Muhammad Latiffi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- PublicationIbn Bajjah Dan Pandangannya Terhadap Al-Nafs(2016-02)Mahadzir, Muhammad LatiffiKajian ini memberi fokus kepada Ibn Bajjah serta pandangannya terhadap al-Nafs. Ibn Bajjah lahir di Saragosa, Sepanyol dalam era keeinasan Tamadun Andalusia. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuwan yang menguasai dua belas bidang keilmuan, seorang ‘hafiz al-Quran' dan ahli falsafah. Terdapat tiga objektif kajian di dalam penulisan ini. Pertama, mengkaji latarbelakang dan sejarah hidup Ibn Bajjah. Kedua, mengkaji konsep al-Nafs menurut perspektif Islam. Ketiga, menganalisis pandangan Ibn Bajjah terhadap al-Nafs. Oleh itu, penyelidikan ini merupakan kajian deskriptif. Metod pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah perpustakaan.
- PublicationKajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi(2022-02)Mahadzir, Muhammad LatiffiIbn Arabi dan Jalauddin al-Rumi masing-masing merupakan Pemikir Islam dan Penyair Sufi mistik yang terkenal di dunia Islam dan Barat. Ibn Arabi adalah gelaran kepada Muhyiddin Abu Abdullah Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn al-Arabi al-Hatimi al-Ta’i. Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Hatimi dan Ibn Arabi di Timur. Manakala di Barat beliau hanya dikenali dengan Ibn Arabi. Sementara itu, seorang lagi tokoh iaitu Maulana Jalaluddin al-Rumi. Beliau merupakan seorang Penyair Sufi mistik yang dilahirkan di Balkh. Jalaluddin al-Rumi juga diberi gelaran “Maulana”. Kedua-dua tokoh ini memberi sumbangan besar dalam bidang kejiwaan khususnya dalam menghuraikan berkaitan dengan kaedah Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Nafs) melalui pendekatan unik masing-masing. Justeru, kajian ini telah menjadikan kitab yang ditulis oleh kedua-dua tokoh iaitu Futuhat al-Makiyyah yang dikarang oleh Ibn Arabi dan kitab Mastnawi yang di tulis oleh Jalaluddin al-Rumi sebagai sumber pengkajian berkaitan Tazkiyah al-Nafs. Terdapat tiga objektif kajian di dalam penulisan ini.