Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Monograf
Browse
Browsing Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Monograf by Issue Date
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPermainan Tradisional Randai Di Lenggeng Negeri Sembilan(1978)Mohd Nor, AzizahAkibat dari beberapa sebab yang tidak diketahui permainan Randai yang pada masa dahulu begitu populor telah hilang begitu sahaja tanpa diketahui oleh jenerasi kini. Oleh sebab itu saya dapati memang kurang sekali catatan-catatan mengenainya. Tambahan pula jarang sekali saya temui orang-orang tua yang betul-betul mengetahui mengenai Randai. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada saya bagi mengkaji Randai secara mendalam.
- PublicationSebuah Analisis Mengenai Peranan Dan Kesan Gerakan Masyarakat Dalam Mengubah Landskap Politik Di Malaysia(2023-07)Mohd Salleh, Muhamad MursyidTesis ini bertujuan mengkaji peranan dan kesan gerakan masyarakat dalam mengubah landskap demokrasi di Malaysia yang akan diperincikan melalui Gerakan Reformasi 1998, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), dan Himpunan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) sama ada gabungan tersebut membentuk kepada perubahan landskap demokrasi di Malaysia ataupun tidak. Empat elemen yang menjadi kayu pengukur adalah ideologi, strategi, struktur dan aktor. Kajian ini juga akan memperlihatkan sama ada gerakan-gerakan ini semua dapat mengubah pola gerakan masyarakat serta mengubah landskap demokrasi di Malaysia. Di awal penulisan kajian ini diterangkan bagaimana gerakan masyarakat di Malaysia dengan mengambil panduan dari sebelum dan selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957. Seterusnya, kajian ini juga akan membahaskan keadaan sosiopolitik yang mendasari kepada ketiga-tiga gerakan tersebut dan melihat bentuk advokasi yang dilakukan dalam usaha untuk menawarkan sebuah gerakan masyarakat di Malaysia.
- PublicationFilem Mat Kilau Dan Kebangkitan Konservatisme Melayu(2023-07)Md Shahrudin, Mohamad Aqriel ShazwanFilem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) menjadi fenomena dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya menjadi filem terlaris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM96 juta. Namun, di sebalik populariti filem ini yang pecah panggung, filem ini juga dikritik daripada kerana terlalu sarat dengan mesej perkauman dan agama serta kaitan penerbitan filem ini dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konservatif seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Justeru, kajian ini akan membincangkan sama ada wujud agenda konservatisme Melayu di sebalik penerbitan filem ini dan menganalisis ideologi konservatisme Melayu yang digambarkan dalam filem ini. Teori ideologi konservatisme Melayu dan beberapa konsep lain diaplikasikan bagi membantu kajian ini. Dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual secara mendalam bersama enam orang informan dan analisis data sekunder, kajian ini mendapati bahawa filem ini padat dengan mesej-mesej konservatif yang berbaur perkauman dan agama.