Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Tesis by Subject "Al-suyuti Dalam Al-lum‘ah Fi Khasa’is Yawm Al-jumu‘ah"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationManhaj Penulisan Hadith Secara Mawdu‘i Oleh Al-suyuti Dalam Al-lum‘ah Fi Khasa’is Yawm Al-jumu‘ah(2022-06)Ibrahim, Mohd Nor AdzharHadith mawdu‘i merupakan satu istilah baharu yang digunakan secara meluas dalam kalangan sarjana hadith kontemporari. Namun, ia menjadi antara cabang ilmu hadith yang dibangunkan berdasarkan ijtihad mereka tanpa didahului oleh kajian khusus terhadap pengaplikasiannya oleh tokoh-tokoh hadith tertentu, sedangkan asas-asasnya boleh didapati dalam karya-karya hadith silam. Salah satu daripada karya tersebut ialah al-Lum‘ah fi Khasa’is Yawm al-Jumu‘ah oleh al-Suyuti yang membincangkan hadith-hadith tentang keistimewaan hari Jumaat secara tematik. Namun ketokohan al-Suyuti dalam penulisan hadith secara mawdu‘i tidak diketahui dan manhajnya dalam bidang ini belum diterokai oleh kajian terdahulu meskipun beliau merupakan seorang ulama hadith terkemuka. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji konsep hadith mawdu‘i kontemporari, ketokohan al-Suyuti dan manhaj penulisan hadith secara mawdu‘i oleh beliau dalam al-Lum‘ah fi Khasa’is Yawm al-Jumu‘ah. Bagi mencapai matlamat ini, kaedah kepustakaan berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan data, lalu dianalisis menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti memiliki ketokohan dalam bidang hadith mawdu‘i dan kesemua kerangka asas penulisan hadith mawdu‘i yang diaplikasikannya dalam karya ini adalah selaras dengan manhaj penulisan hadith mawdu‘i kontemporari