Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM - Tesis
Browse
Browsing Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM - Tesis by Title
Now showing 1 - 7 of 7
Results Per Page
Sort Options
- PublicationBukit Choras Archaeological Complex: Geophysical And Geo-Archaeological Analysis(2022-03)Dishong, Nini HavelaAncient Kedah is a collection of several riverine and coastal settlements which flourished as the foci for international trade and industry between the 2nd to the 14th Century C.E. The Bukit Choras Archaeological Complex is one of the very few well-preserved archaeological findings related to the cultural and economic development of Ancient Kedah. Previous studies had revealed two structural remains made of laterite bricks, two ancient water tanks, as well as other artefacts such as potsherds, Buddhist inscription and corroded iron nails. This research attempts to answer questions regarding the layout, building material and palaeo-environment of the site. In this study, geophysical studies were carried out in Bukit Choras in order to map the surface remains and to determine the potential for buried remains. Detailed contour mapping as well as the magnetic, resistivity and ground penetrating radar methods were done around the main structure and the ancient water tank.
- PublicationPotensi Arkeopelancongan Gua Pelangi Jelebu Negeri Sembilan(2022-10)Mohd Gorip, AzizKajian di peringkat sarjana ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi arkeopelancongan di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan dengan tiga objektif iaitu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan komuniti di sekitar Gua Pelangi tentang tapak ini dan kaitannya dengan arkeopelancongan, mengenalpasti tahap kesediaan komuniti di sekitar Gua Pelangi untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan ikonik, dan menentukan hala tuju arkeopelancongan Gua Pelangi berdasarkan perbandingan dengan pelancongan gua yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Kajian telah melibatkan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitaf melalui temubual, pengedaran borang soal selidik kajian rintis dan kajian sebenar. Data kajian sebenar terhadap 300 responden telah dianalisis dengan kaedah SPSS versi 12.0 dan PLS-SEM 2.0. yang melibatkan analisis demografi, ujian kebolehpercayaan, analisis kekerapan dan peratus untuk setiap 24 item dan dipersembahkan dalam bentuk histogram, analisis faktor, analisis SWOT dan Business Canvas Model. Umumnya kajian mendapati arkeopelancongan Gua Pelangi adalah sangat berpotensi untuk dibangunkan. Kejituan (nilai ɑ, faktor pemuatan, AVE, CR, R² dan Korelasi Pearson) 24 item soal selidik tentang tahap pengetahuan dan kesediaan komuniti menunjukkan komuniti setempat bersetuju Gua Pelangi menjadi satu produk arkeopelancongan.
- PublicationRitual Pengkebumian Masyarakat Temiar Dari Perspektif Etnoarkeologi(2022-04)Ahmad, AmirKajian etnoarkeologi ini dijalankan di lima buah penempatan masyarakat Temiar di Pos Kuala Mu, Lasah, Sungai Siput, Perak. Kajian ini bertujuan merekodkan tradisi kubur dan pengkebumian (sebelum, semasa dan selepas pengkebumian) masyarakat Temiar yang masih mengamalkan amalan tradisi untuk dikaitkan dengan budaya pengkebumian prasejarah Semenanjung Malaysia. Ini memandangkan data etnografi masyarakat kontemporari di Semenanjung Malaysia pada masa kini masih lagi belum digunakan dengan maksima untuk dihubung kaitkan dengan rekod arkeologi bagi memperkukuhkan interpretasi budaya pengkebumian prasejarah.
- PublicationThe Rock Art Of Kinta Valley,Perak, Malaysia(2022-10)Saw Chaw YehThis dissertation investigates the rock art tradition of Peninsular Malaysia and explores its cultural affiliation, based on the rock art recorded in the Kinta Valley, Perak, Malaysia. Up until today, in-depth studies and international publications on rock art in Peninsular Malaysia were relatively scarce. This study presents the results of systematic documentation of eleven rock art sites, namely Gua Kelawar, Gua Mat Surat, Gua Mat Surat 2, Gua Tambun, Gua Tempurung, Gua Toh Semelah, Karang Besar Rock Shelter, Keroh Rock Shelter 1, Keroh Rock Shelter 2, Kintaly Rock Shelter 1, and Kintaly Rock Shelter 2. The documentation method differs from the earlier studies in which it incorporated a five-level motif categorization model to eliminate analytical bias. The rock art was later analysed using multivariate analysis (correspondence analysis and multidimensional scaling) with additional comparative study to identify the relationship between sites. Apart from the previously known rock art traditions, which had been broadly divided into coloured and black rock art traditions, this study had identified five rock art sub-traditions (ST 1 – 5) across the Kinta Valley. The study suggests that the earliest phase of rock art comprises two subtraditions (ST 1 & ST 2) which began as early as the Hoabinhian period (~13,000 years ago). Both ST 1 and ST 2 can be found at rock shelters or caves and represented by coloured rock art depicting geometric shapes and zoomorphic figures. The other three sub-traditions are made up of black rock art, with an occasional depiction of white rock art. While ST 5 is clearly of the contact period since it often includes foreign subject matter, ST 3 and ST 4 predominantly consist of designs attributed to the Orang Asli culture.
- PublicationThe Study Of Cargoes From Tanjung Simpang Mengayau Wreck And Jade Dragon Wreck, Kudat, Sabah(2023-03)Masbaka, MasyellaThis thesis discusses the analysis and classification of artefacts recovered from cargoes of two ancient shipwrecks in Kudat, Sabah, Malaysia. On the basis of stylistic analysis of the ceramics from each ship, these ceramics are presumably dated around 10th to 13th centuries CE. The objectives of this study are (1) to produce a documented data to evaluate cargoes from the two ships, (2) to classify the recovered artefacts using scientific analysis and morphological study and (3) to date and identify the provenance of the cargoes. The first shipwreck is known as Tanjung Simpang Mengayau Wreck (TSM) and is believed to have sunk on its way from China to Borneo and/or Sumatera during the Northern Song Dynasty (960-1127 CE), while the second shipwreck, Jade Dragon Wreck (JDW) is dated to the Southern Song Dynasty (1127-1279 CE) judging from the similar artefacts found in Sumatera. The cargoes consist of earthenware, stoneware, porcelain and metal objects such as mirror discs and wall ornaments. The latter site also carried lithic artefact, which assemblage is absent at the former site. Analysis and classification of the ceramic cargo included 2,590 samples from the Department of Sabah Museum’s collection and private collectors in Sabah.
- PublicationWarisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman(2023-09)Shahidan, Shaiful IdzwanTapak Guar Kepah B di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, merupakan sebuah bukit kerang atau “shell midden” yang telah dikaji selama lebih 150 tahun. Dalam tempoh tersebut, kajian saintifik mengenai tapak ini masih kurang, termasuk isu in-situ fitur dan artifak yang terdapat di dalam bukit kerang ini. Oleh sebab itu, satu kajian arkeologi secara sistematik dijalankan bagi menentukan status in-situ tapak dan mengenal pasti artifak serta ekofak yang ada. Kajian ini melibatkan pelbagai teknik seperti penilaian literatur tentang Guar Kepah dan bukit kerang di Asia Tenggara, survei dan ekskavasi serta analisis saintifik ke atas rangka dan artifak termasuk analisis isotop bagi mengesan diet dan analisis elemen (XRD dan XRF) ke atas tembikar. Hasil kajian mendedahkan bahawa tapak merupakan bukit kerang in-situ buatan manusia berusia 5,000 - 6,000 B.P., dengan penemuan satu rangka wanita berdasarkan analisis antropologi fizikal yang berusia 40 tahun ditanam secara primer di dalam bukit kerang, berserta dengan barang dan istiadat pengebumian. Wanita ini menunjukkan ciri campuran ras Australomelanesoid dan Mongoloid yang hidup semasa fasa peralihan Hoabinhian dan Neolitik. Data diet dari analisis isotop menunjukkan subsisten yang bergantung kepada sumber daratan dan marin. Secara amnya, tapak ini merupakan tapak pengebumian manusia yang beradaptasi dengan ekosistem daratan dan marin pada fasa akhir Hoabinhian - awal Neolitik di pesisiran pantai Semenanjung Malaysia. Ia seterusnya telah memberi pemahaman tentang arkeologi bukit kerang di Asia Tenggara.
- PublicationWarisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman(2023-07)Ali, Mohd AminKajian ini memilih tajuk Pemasaran Pelancongan Warisan di daerah Kuala Muda kerana daerah ini baharu sahaja diperkenalkan dengan tiga produk warisan iaitu geologi (geotapak), biologi (biotapak) dan arkeologi (tapak geoarkeologi) secara rasmi sempena pemasyhuran Jerai Geopark pada 2017. Ini bermakna program geopark telah meningkatkan nilai pelancongan sedia ada di daerah Kuala Muda yang asalnya dalam bentuk ekopelancongan ke satu tahap pelancongan warisan berilmu di bawah geopelancongan. Berdasarkan pengurusan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) terhadap tapak UNESCO Global Geopark (UGGp), World Heritage Site (WHS) dan Man and Biosphere (MAB) mendapati pelancongan warisan berilmu ini hanya akan berjaya dengan lestari sekiranya komuniti dilibatkan sepenuhnya. Sehubungan itu objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti nilai produk pelancongan warisan di daerah Kuala Muda, (ii) menentukan tahap pengetahuan komuniti, (iii) mengenal pasti pendapat komuniti dan (iv) menentukan hala tuju pemasaran pelancongan warisan di daerah Kuala Muda. Bagi mencapai objektif kajian maka kaedah soal selidik dijalankan melalui temu bual, Kajian Rintis dan Kajian Sebenar. Data akhir akan dianalisis dengan perisian SPSS.