Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan - Tesis
Browse
Browsing Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan - Tesis by Type "thesis"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- PublicationDeveloping A Model On Executive Function Skills And Understanding Of Physics Concepts To Design A Teaching Guide Of Force Concepts And Measuring Its Effectiveness(2021-11)Bala Murali A/L TanimaleThe Executive Function (EF) is "a set of processes that all have to do with managing oneself and one's resources in order to achieve a goal” (Gioia, Isquith, Guy, & Kenworthy, 2015). EF has three main strands: metacognitive, behaviour regulation, and emotional regulation (Gioia et al., 2015), with a wide range of EF skills that fall under these three strands. There is a lack of instruments to measure the EF of Malaysian students and no model to refer to be integrated into teaching and learning of Force and Motion. EF levels of students differ, and the role of EF in teaching and learning physics concepts in Malaysia is minimal. Multiphase design of mixed-method research employed in this study.
- PublicationPengetahuan, Amalan Guru Dan Kesan Penggunaan Aktiviti Produksi Teater Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Terhadap Pemikiran Kreatif Murid(2022-04)Zahari, Mohd Amir MohdKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan guru dan amalan dalam melaksanakan aktiviti produksi teater terhadap proses PdP bagi mata pelajaran KMK. Selain itu, untuk mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti produksi teater ini terhadap pemikiran kreatif murid. Seorang guru KMK dan 10 orang murid terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di negeri Kedah. Reka bentuk penyelidikan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi menjawab tiga soalan kajian. Ketiga-tiga soalan kajian terdiri daripada (i)Sejauhmanakah penguasaan pengetahuan guru terhadap pelaksanaan aktiviti produksi teater dalam PdP KMK; (ii) sejauhmanakah amalan aktiviti produksi teater yang dilaksanakan dalam proses PdP KMK dan (iii) apakah kesan pelaksanaan aktiviti produksi teater terhadap pemikiran kreatif murid. Bagi menjawab soalan-soalan ini, kajian ini telah menggunakan dua teknik pengumpulan data iaitu temu bual separa berstruktur dan penganalisisan dokumen seperti penulisan jurnal murid, data-data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan tematik kualitatif. Penggunaan analisis tematik kualitatif ini adalah bertujuan untuk menyaring kod dan membina tema yang relevan untuk menjawab soalan kajian.
- PublicationSumbangan Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Guru-guru Geografi Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sdgs)(2022-06)Said, Mohd ZakiMatlamat Pembangunan Lestari (SDGs) telah menjadi cabaran kepada bidang pendidikan. Di Malaysia, kurikulum Geografi telah berubah seiring dengan keperluan global dan menjadi cabaran baharu kepada guru-guru Geografi bagi membawa agenda SDGs ke dalam bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan tentang pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan guru-guru Geografi tentang SDGs. Seramai 252 sampel terlibat dalam kajian ini yang dipilih berdasarkan populasi guru Geografi sekolah menengah di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi mengumpulkan data. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan guru pada tahap tinggi bagi dimensi alam sekitar berbanding dimensi sosial dan ekonomi. Guru-guru bersikap positif terhadap SDG, namun dari segi aspek amalan guru menunjukkan tahap amalan tinggi bagi pendekatan berpusatkan guru atau pendekatan aktif berbanding pendekatan berpusatkan murid yang melibatkan pendekatan penyelesaian masalah kritikal dan pembelajaran dunia sebenar. Selain itu, dapatan telah membuktikan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara kumpulan guru opsyen dan bukan opsyen dalam kajian ini dan terdapat hubungan yang kuat bagi aspek pengetahuan terhadap amalan. Namun, sikap menjadi mediator bagi hubungan antara pengetahuan dan amalan yang menyokong perubahan tentang SDGs.