Publication: Keupayaan Perundangan Dan Kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) Dalam Menangani Aktiviti Pengubahan Wang Haram
Loading...
Date
2022-08
Authors
Shahrulnaim Mohd Amin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Aktiviti pengubahan wang haram menjadi ancaman global apabila penjenayah menjadikan aktiviti ekonomi untuk melindungi aktiviti jenayah dan meluaskan pengaruh mereka. Aliran wang haram yang mengalir dalam sistem ekonomi mampu mempengaruhi kelestarian pembangunan sesebuah negara. Malaysia juga tidak terkecuali dari ancaman jenayah pengubahan wang haram. Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengkaji kesan pengubahan wang haram terhadap pembangunan negara Malaysia. Kedua, meneroka keupayaan perundangan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001 – AMLA) dalam menangani jenayah pengubahan wang haram. Ketiga, menganalisis kemampuan SPRM dalam menangani jenayah pengubahan wang haram. Kajian ini berbentuk kajian penilaian. Manakala, reka bentuk adalah kajian kualitatif dan pendekatan kajian adalah secara induktif umum. Data primer diperolehi melalui temu bual mendalam dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Seramai 13 informan yang di temu bual, terdiri daripada pegawai SPRM, ahli akademik, Timbalan Pendakwa Raya, eksekutif badan bukan kerajaan dan institusi kewangan yang mempunyai kepentingan terhadap pencegahan jenayah di Malaysia. Perbincangan Fokus Kumpulan (PFK) turut diadakan dengan melibatkan 10 Peserta yang terdiri daripada pegawai SPRM. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.
Description
Keywords
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) , Pengubahan Wang Haram