Publication:
Keupayaan Perundangan Dan Kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) Dalam Menangani Aktiviti Pengubahan Wang Haram

dc.contributor.authorShahrulnaim Mohd Amin
dc.date.accessioned2023-08-15T02:25:57Z
dc.date.available2023-08-15T02:25:57Z
dc.date.issued2022-08
dc.description.abstractAktiviti pengubahan wang haram menjadi ancaman global apabila penjenayah menjadikan aktiviti ekonomi untuk melindungi aktiviti jenayah dan meluaskan pengaruh mereka. Aliran wang haram yang mengalir dalam sistem ekonomi mampu mempengaruhi kelestarian pembangunan sesebuah negara. Malaysia juga tidak terkecuali dari ancaman jenayah pengubahan wang haram. Oleh itu, kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengkaji kesan pengubahan wang haram terhadap pembangunan negara Malaysia. Kedua, meneroka keupayaan perundangan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001 – AMLA) dalam menangani jenayah pengubahan wang haram. Ketiga, menganalisis kemampuan SPRM dalam menangani jenayah pengubahan wang haram. Kajian ini berbentuk kajian penilaian. Manakala, reka bentuk adalah kajian kualitatif dan pendekatan kajian adalah secara induktif umum. Data primer diperolehi melalui temu bual mendalam dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Seramai 13 informan yang di temu bual, terdiri daripada pegawai SPRM, ahli akademik, Timbalan Pendakwa Raya, eksekutif badan bukan kerajaan dan institusi kewangan yang mempunyai kepentingan terhadap pencegahan jenayah di Malaysia. Perbincangan Fokus Kumpulan (PFK) turut diadakan dengan melibatkan 10 Peserta yang terdiri daripada pegawai SPRM. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17265
dc.subjectSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm)
dc.subjectPengubahan Wang Haram
dc.titleKeupayaan Perundangan Dan Kemampuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm) Dalam Menangani Aktiviti Pengubahan Wang Haram
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversisti Sains Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
SHAHRULNAIM BIN MOHD AMIN - TESIS.pdf
Size:
1.6 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: