Publication:
Kualiti Insan Dalam Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali Berdasarkan Kimiya’ Al-sa’adah

No Thumbnail Available
Date
2024-09
Authors
Abidin, Nurul Ain Zainul
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Salah satu kaedah menilai kualiti insan ialah menerusi penilaian prestasi. Penilaian prestasi sering diamalkan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat institusi, di peringkat pentadbiran kerajaan dan sebagainya. Namun, penilaian prestasi sering menghadapi pelbagai cabaran dan isu untuk pelaksanaan penilaian yang terbaik. Antara isu yang diutarakan adalah ketidakadilan, bias dan ketiadaan kompetensi yang keseluruhannya bertitik tolak daripada unsur utama dalam penilaian prestasi iaitu insan. Bertitik tolak daripada itu, kualiti insan dilihat sangat penting dalam menjayakan penilaian prestasi. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut tokoh pembangunan insan dalam Islam iaitu al-Ghazali berdasarkan kitab beliau Kimiya’ al-Sa‘adat. Kajian ini dilakukan dengan tiga objektif kajian. Objektif pertama, mengenal pasti kualiti insan dalam penilaian prestasi berteraskan Islam. Objektif kedua, menganalisis kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut al-Ghazali berdasarkan Kimiya’ al-Sa‘adat. Objektif ketiga, mencadangkan kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut al-Ghazali berdasarkan Kimiya’ al-Sa‘adat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif asas yang melibatkan pengumpulan data daripada sumber sekunder dan akhirnya menganalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan bantuan perisian Atlas.ti versi 24.
Description
Keywords
Kualiti Insan , Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali , Kimiya’ Al-sa’adah , Al-ghazali , Kualiti Insan Dalam Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali , September 2024 , Abidin , Nurul Ain Zainul , Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
Citation