Publication:
Kualiti Insan Dalam Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali Berdasarkan Kimiya’ Al-sa’adah

dc.contributor.authorAbidin, Nurul Ain Zainul
dc.date.accessioned2025-06-26T04:21:51Z
dc.date.available2025-06-26T04:21:51Z
dc.date.issued2024-09
dc.description.abstractSalah satu kaedah menilai kualiti insan ialah menerusi penilaian prestasi. Penilaian prestasi sering diamalkan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat institusi, di peringkat pentadbiran kerajaan dan sebagainya. Namun, penilaian prestasi sering menghadapi pelbagai cabaran dan isu untuk pelaksanaan penilaian yang terbaik. Antara isu yang diutarakan adalah ketidakadilan, bias dan ketiadaan kompetensi yang keseluruhannya bertitik tolak daripada unsur utama dalam penilaian prestasi iaitu insan. Bertitik tolak daripada itu, kualiti insan dilihat sangat penting dalam menjayakan penilaian prestasi. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut tokoh pembangunan insan dalam Islam iaitu al-Ghazali berdasarkan kitab beliau Kimiya’ al-Sa‘adat. Kajian ini dilakukan dengan tiga objektif kajian. Objektif pertama, mengenal pasti kualiti insan dalam penilaian prestasi berteraskan Islam. Objektif kedua, menganalisis kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut al-Ghazali berdasarkan Kimiya’ al-Sa‘adat. Objektif ketiga, mencadangkan kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut al-Ghazali berdasarkan Kimiya’ al-Sa‘adat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif asas yang melibatkan pengumpulan data daripada sumber sekunder dan akhirnya menganalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan bantuan perisian Atlas.ti versi 24.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/22246
dc.language.isoen
dc.subjectKualiti Insan
dc.subjectPenilaian Prestasi Menurut Al-ghazali
dc.subjectKimiya’ Al-sa’adah
dc.subjectAl-ghazali
dc.subjectKualiti Insan Dalam Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali
dc.subjectSeptember 2024
dc.subjectAbidin
dc.subjectNurul Ain Zainul
dc.subjectPusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
dc.titleKualiti Insan Dalam Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali Berdasarkan Kimiya’ Al-sa’adah
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files