Publication:
Pembangunan Dan Penilaian Modul Terapi Batikria Untuk Regulasi Emosi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Dalam Program Pendidikan Khas Integrasi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2025-08
Authors
Md Jais, Noraziyanah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian ini meneliti keberkesanan modul Terapi BatikRia dalam meningkatkan kemahiran regulasi emosi dalam kalangan murid berkeperluan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi. Regulasi emosi merupakan kemahiran penting bagi murid yang menghadapi masalah emosi dan tingkah laku kerana ia menyokong proses pembelajaran dan penyesuaian mereka di sekolah. Guru pendidikan khas memainkan peranan utama dalam membimbing murid mengurus emosi, namun sering kali memerlukan sumber pengajaran yang lebih tersusun dan praktikal. Bagi memenuhi keperluan ini, modul Terapi BatikRia telah dibangunkan berasaskan Model Empat Cabang Kecerdasan Emosi oleh Mayer dan Salovey (1997), yang merangkumi empat komponen utama: mengenal pasti emosi, memahami emosi, menggunakan emosi, dan mengurus emosi.
Description
Keywords
Pembangunan Dan Penilaian Modul Terapi Batikria Untuk Regulasi Emosi Murid , Pendidikan Khas Dalam Program Pendidikan Khas Integrasi
Citation