Publication:
Intervensi “Cekap Menulis” Untuk Meningkatkan Kemahiran Tulisan Tangan Murid Autisme

Loading...
Thumbnail Image
Date
2022-08
Authors
Ch’ng, Hui Ling
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Ketiadaan maklumat dan kekurangan pengetahuan guru dan ibu bapa menyebabkan masalah tulisan tangan murid autisme yang berumur dua belas tahun ke atas belum diatasi. Justeru, kajian ini berfokus pada pelaksanaan intervensi tulisan tangan “Cekap Menulis” untuk meningkatkan kemahiran tulisan tangan mereka. "Cekap Menulis" ialah gabungan konsep Brain Gym dan The Size Matters Handwriting Program (SMHP) yang disokong oleh Teori Vygotsky. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan intervensi “Cekap Menulis” terhadap peningkatan kemahiran tulisan tangan murid dalam tiga aspek iaitu kemahiran visual motor, bentuk tulisan tangan dan kekemasan tulisan tangan agar maklumat tentang cara mengekalkan kemahiran tulisan tangan murid autisme melalui intervensi “Cekap Menulis” dapat disebarkan. Setiap sesi pengajaran “Cekap Menulis” bermula dengan aktiviti PACE Brain Gym, latihan kemahiran visual motor diikuti dengan latihan membentuk abjad berbantukan alat bantu mengajar gabungan Brain Gym (Alphabet 8s) dan SMHP (kertas bergaris yang berwarna pada setiap garisannya) dan diakhiri dengan aktiviti membentuk abjad berdasarkan ingatan dan mengeja suku kata bergambar yang bermula dengan abjad yang dipelajari. Reka bentuk kajian kes ini bermula dengan ujian pra di fasa pertama, pelaksanaan intervensi “Cekap Menulis” di fasa kedua dan ujian pasca di fasa ketiga. Selain daripada data kuantitatif yang dikutip melalui penilaian secara tidak formal untuk kemahiran visual motor, bentuk tulisan tangan dan kekemasan tulisan tangan, data kualitatif seperti pemerhatian, temu bual dan analisis dokumentasi turut dikutip.
Description
Keywords
Cekap Menulis , Autisme
Citation