Publication:
Intervensi “Cekap Menulis” Untuk Meningkatkan Kemahiran Tulisan Tangan Murid Autisme

dc.contributor.authorCh’ng, Hui Ling
dc.date.accessioned2023-09-27T02:13:32Z
dc.date.available2023-09-27T02:13:32Z
dc.date.issued2022-08
dc.description.abstractKetiadaan maklumat dan kekurangan pengetahuan guru dan ibu bapa menyebabkan masalah tulisan tangan murid autisme yang berumur dua belas tahun ke atas belum diatasi. Justeru, kajian ini berfokus pada pelaksanaan intervensi tulisan tangan “Cekap Menulis” untuk meningkatkan kemahiran tulisan tangan mereka. "Cekap Menulis" ialah gabungan konsep Brain Gym dan The Size Matters Handwriting Program (SMHP) yang disokong oleh Teori Vygotsky. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan intervensi “Cekap Menulis” terhadap peningkatan kemahiran tulisan tangan murid dalam tiga aspek iaitu kemahiran visual motor, bentuk tulisan tangan dan kekemasan tulisan tangan agar maklumat tentang cara mengekalkan kemahiran tulisan tangan murid autisme melalui intervensi “Cekap Menulis” dapat disebarkan. Setiap sesi pengajaran “Cekap Menulis” bermula dengan aktiviti PACE Brain Gym, latihan kemahiran visual motor diikuti dengan latihan membentuk abjad berbantukan alat bantu mengajar gabungan Brain Gym (Alphabet 8s) dan SMHP (kertas bergaris yang berwarna pada setiap garisannya) dan diakhiri dengan aktiviti membentuk abjad berdasarkan ingatan dan mengeja suku kata bergambar yang bermula dengan abjad yang dipelajari. Reka bentuk kajian kes ini bermula dengan ujian pra di fasa pertama, pelaksanaan intervensi “Cekap Menulis” di fasa kedua dan ujian pasca di fasa ketiga. Selain daripada data kuantitatif yang dikutip melalui penilaian secara tidak formal untuk kemahiran visual motor, bentuk tulisan tangan dan kekemasan tulisan tangan, data kualitatif seperti pemerhatian, temu bual dan analisis dokumentasi turut dikutip.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17633
dc.language.isoother
dc.subjectCekap Menulis
dc.subjectAutisme
dc.titleIntervensi “Cekap Menulis” Untuk Meningkatkan Kemahiran Tulisan Tangan Murid Autisme
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files