Publication: Dari Daerah Ke Kerajaan : Sejarah Politik Perlis, 1841-1957
No Thumbnail Available
Date
2000
Authors
Tang, Julie Su Chin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Dua objektif tesis ini ialah untuk membina sejarah penubuhan sebuah kerajaan
Melayu bernama Perlis dan untuk menggalurkan pertumbuhannya dari sebuah unit
politik yang baru di alam politik Melayu yang berjuang bagi hak mengekalkan
kewujudannya sehingga sebuah entiti berautonomi di dalam Persekutuan Tanah
Melayu. Penemuan-penemuannya menawarkan empat sumbangan utama. Paling
penting ia telah mendedahkan satu bahagian di dalam sejarah Malaysia yang paling
sedikit dikenali, iaitu sejarah negeri Perlis. Kedua, dalam menggalurkan sejarah Perlis
dari permulaannya sebagai sebuah daerah Kedah sehingga menjadi sebuah kerajaan
baru pada 1841, tesis ini telah cuba mendedahkan pelbagai ketidaktepatan berkenaan
kelahirannya yang wujud dalam pensejarahan setakat ini lalu menetapkan tarikh
penubuhannya yang didapati lebih betul dan tepat. Ketiga, dan sehubungan dengan
itu, kajian ini telah memperbetulkan beberapa tanggapan umum yang utama
berkenaan sejarah Malaysia dan sejarah Kedah. Sedangkan kebanyakan pemberontak
berjuang demi menaiki takhta yang ada atau demi melawan British dan Siam dan
apabila gagal terpaksa meninggalkan kampung halaman, pemberontak dalam kajian
ini, yakni Syed Hussein bin Syed Harun Jamalullail, telah berjuang demi membina
sebuah takhta dan wangsa pemerintah yang baru bagi dirinya. Sememangnya ia bukan
berjuang semata-mata untuk berdiri di belakang Sultan tetapi untuk mendapatkan
kemerdekaan daripadanya.
Description
Keywords
Sejarah Politik Perlis