Publication:
Dari Daerah Ke Kerajaan : Sejarah Politik Perlis, 1841-1957

dc.contributor.authorTang, Julie Su Chin
dc.date.accessioned2025-12-08T09:21:53Z
dc.date.available2025-12-08T09:21:53Z
dc.date.issued2000
dc.description.abstractDua objektif tesis ini ialah untuk membina sejarah penubuhan sebuah kerajaan Melayu bernama Perlis dan untuk menggalurkan pertumbuhannya dari sebuah unit politik yang baru di alam politik Melayu yang berjuang bagi hak mengekalkan kewujudannya sehingga sebuah entiti berautonomi di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Penemuan-penemuannya menawarkan empat sumbangan utama. Paling penting ia telah mendedahkan satu bahagian di dalam sejarah Malaysia yang paling sedikit dikenali, iaitu sejarah negeri Perlis. Kedua, dalam menggalurkan sejarah Perlis dari permulaannya sebagai sebuah daerah Kedah sehingga menjadi sebuah kerajaan baru pada 1841, tesis ini telah cuba mendedahkan pelbagai ketidaktepatan berkenaan kelahirannya yang wujud dalam pensejarahan setakat ini lalu menetapkan tarikh penubuhannya yang didapati lebih betul dan tepat. Ketiga, dan sehubungan dengan itu, kajian ini telah memperbetulkan beberapa tanggapan umum yang utama berkenaan sejarah Malaysia dan sejarah Kedah. Sedangkan kebanyakan pemberontak berjuang demi menaiki takhta yang ada atau demi melawan British dan Siam dan apabila gagal terpaksa meninggalkan kampung halaman, pemberontak dalam kajian ini, yakni Syed Hussein bin Syed Harun Jamalullail, telah berjuang demi membina sebuah takhta dan wangsa pemerintah yang baru bagi dirinya. Sememangnya ia bukan berjuang semata-mata untuk berdiri di belakang Sultan tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan daripadanya.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/23324
dc.subjectSejarah Politik Perlis
dc.titleDari Daerah Ke Kerajaan : Sejarah Politik Perlis, 1841-1957
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files