Publication: Penterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat: Kajian Dari Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens
Loading...
Date
2022-06
Authors
Kahar, Ummi Umairah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat secara tidak langsung telah
memberi anjakan paradigma kepada bidang pengajian penterjemahan. Aktiviti
terjemahan masa kini yang melibatkan terjemahan kolaboratif dalam talian telah
memberi peluang kepada aktiviti terjemahan berasaskan khalayak dan penyarikataan
peminat untuk dilaksanakan. Penterjemahan berasaskan khalayak boleh disertai oleh
golongan penterjemah profesional dan penterjemah bukan profesional seperti
golongan peminat, penggemar dan masyarakat umum (Sosoni, 2017). Penyarikataan
peminat pula merujuk kepada terjemahan audiovisual yang berpegang kepada konsep
‘oleh peminat kepada peminat’ (Spolidorio, 2017). Produk terjemahan kedua-dua
aktiviti ini kemudiaannya boleh diakses oleh audiens (pengguna akhir), melalui
media sosial atau platform digital secara percuma. Malahan dengan kemudahan
teknologi, industri hiburan dari negara Korea Selatan telah melonjak naik (Fuhr,
2015). Oleh hal yang demikian, golongan peminat Korea turut menyumbang khidmat
sebagai penterjemah khalayak dan penyari kata peminat yang menghasilkan
terjemahan bersumberkan konteks negara Korea dalam pasangan bahasa Koreabahasa
Inggeris.
Description
Keywords
Penterjemahan , Penterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat , Kajian Dari Perspektif Penterjemah , Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens , Kahar , Ummi Umairah , Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan