Publication:
Penterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat: Kajian Dari Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens

dc.contributor.authorKahar, Ummi Umairah
dc.date.accessioned2024-03-11T04:35:26Z
dc.date.available2024-03-11T04:35:26Z
dc.date.issued2022-06
dc.description.abstractKemodenan yang dikecapi oleh masyarakat secara tidak langsung telah memberi anjakan paradigma kepada bidang pengajian penterjemahan. Aktiviti terjemahan masa kini yang melibatkan terjemahan kolaboratif dalam talian telah memberi peluang kepada aktiviti terjemahan berasaskan khalayak dan penyarikataan peminat untuk dilaksanakan. Penterjemahan berasaskan khalayak boleh disertai oleh golongan penterjemah profesional dan penterjemah bukan profesional seperti golongan peminat, penggemar dan masyarakat umum (Sosoni, 2017). Penyarikataan peminat pula merujuk kepada terjemahan audiovisual yang berpegang kepada konsep ‘oleh peminat kepada peminat’ (Spolidorio, 2017). Produk terjemahan kedua-dua aktiviti ini kemudiaannya boleh diakses oleh audiens (pengguna akhir), melalui media sosial atau platform digital secara percuma. Malahan dengan kemudahan teknologi, industri hiburan dari negara Korea Selatan telah melonjak naik (Fuhr, 2015). Oleh hal yang demikian, golongan peminat Korea turut menyumbang khidmat sebagai penterjemah khalayak dan penyari kata peminat yang menghasilkan terjemahan bersumberkan konteks negara Korea dalam pasangan bahasa Koreabahasa Inggeris.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18577
dc.subjectPenterjemahan
dc.subjectPenterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat
dc.subjectKajian Dari Perspektif Penterjemah
dc.subjectPerspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens
dc.subjectKahar
dc.subjectUmmi Umairah
dc.subjectPusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
dc.titlePenterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat: Kajian Dari Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files