Publication: Perkhidmatan Sosial Berasaskan Aset Bagi Pengemis Di Kampung Topeng, Kota Malang, Indonesia
Loading...
Date
2025-10
Authors
Rahmawati, Atik
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Perkhidmatan sosial bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Kerajaan
harus menyelesaikan isu yang menjadi masalah sosial. Menyelesaikan masalah sosial
akibat aktiviti mengemis adalah sebahagian daripada promosi hak asasi manusia,
seperti hak masyarakat untuk mendapatkan perlindungan, mempunyai taraf hidup
yang baik, dan mempunyai tempat tinggal yang selamat. Objektif kajian ini adalah
untuk meneroka profil Kampung Topeng Kota Malang sebagai hasil perkhidmatan
sosial berasaskan aset; mengenalpasti bentuk perkhidmatan sosial dan aset komuniti
dalam perkhidmatan sosial bagi pengemis di Kampung Topeng; meneroka
pemanfaatan dan pengelolaan aset komuniti dalam perkhidmatan sosial bagi pengemis
di kampung Topeng; dan membina kerangka model perkhidmatan sosial berasaskan
aset bagi pengemis yang boleh meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Kampung
Topeng. Penyelidikan ini melibatkan temu bual mendalam dengan 11 orang informan
pelaksana perkhidmatan, sembilan benefisiari, dan dua ahli akademik sebagai ahli
komuniti, pakar dan praktis yang memiliki pemahaman perkhidmatan sosial bagi
pengemis di Kampung Topeng. Penemuan penyelidikan dianalisis dengan teknik
analisis kandungan. Kajian mendapati kewujudan perkhidmatan sosial berasaskan aset
bagi pengemis memberi tumpuan kepada pembangunan endogen, memandang
benefisiari sebagai individu dengan ciri-ciri unik dan memiliki aset personal yang
berpotensi dalam pembangunan komuniti.
Description
Keywords
Perkhidmatan Sosial Berasaskan Pengemis Kampung Topeng