Publication:
Perkhidmatan Sosial Berasaskan Aset Bagi Pengemis Di Kampung Topeng, Kota Malang, Indonesia

dc.contributor.authorRahmawati, Atik
dc.date.accessioned2026-06-26T01:30:47Z
dc.date.available2026-06-26T01:30:47Z
dc.date.issued2025-10
dc.description.abstractPerkhidmatan sosial bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Kerajaan harus menyelesaikan isu yang menjadi masalah sosial. Menyelesaikan masalah sosial akibat aktiviti mengemis adalah sebahagian daripada promosi hak asasi manusia, seperti hak masyarakat untuk mendapatkan perlindungan, mempunyai taraf hidup yang baik, dan mempunyai tempat tinggal yang selamat. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka profil Kampung Topeng Kota Malang sebagai hasil perkhidmatan sosial berasaskan aset; mengenalpasti bentuk perkhidmatan sosial dan aset komuniti dalam perkhidmatan sosial bagi pengemis di Kampung Topeng; meneroka pemanfaatan dan pengelolaan aset komuniti dalam perkhidmatan sosial bagi pengemis di kampung Topeng; dan membina kerangka model perkhidmatan sosial berasaskan aset bagi pengemis yang boleh meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Kampung Topeng. Penyelidikan ini melibatkan temu bual mendalam dengan 11 orang informan pelaksana perkhidmatan, sembilan benefisiari, dan dua ahli akademik sebagai ahli komuniti, pakar dan praktis yang memiliki pemahaman perkhidmatan sosial bagi pengemis di Kampung Topeng. Penemuan penyelidikan dianalisis dengan teknik analisis kandungan. Kajian mendapati kewujudan perkhidmatan sosial berasaskan aset bagi pengemis memberi tumpuan kepada pembangunan endogen, memandang benefisiari sebagai individu dengan ciri-ciri unik dan memiliki aset personal yang berpotensi dalam pembangunan komuniti.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/24500
dc.language.isoother
dc.subjectPerkhidmatan Sosial Berasaskan Pengemis Kampung Topeng
dc.titlePerkhidmatan Sosial Berasaskan Aset Bagi Pengemis Di Kampung Topeng, Kota Malang, Indonesia
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files