Publication: Kaedah Penyimenan Galvani Untuk Memendakkan Emas Dari Larutan Sianida Pada Grafit
Loading...
Date
1996-06
Authors
Ngah, Che Wan Zanariah Che Wan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pemulihan emas dari larutan konvensional emas-sianida dengan kaedah penyimenan galvani menggunakan grafit poros sebagai katod dan logam zink sebagai anod akan dihurai. Membran pertukaran kation raipore RAI-4010 digunakan untuk mengelakkan percampuran di antara anolit dan katolit serta litar pintas ion-ion dalam larutan. Eksperimen dilakukan dalam sistem berkelompok (batch system) untuk melihat kecekapan pemulihan emas secara penyimenan galvani. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kaedah iru berupaya memulihkan lebih 99% daripada emas dari larutan konvensional emas-sianida yang telah disediakan secara sintetik. Kemuatan awal emas pada grafit dan perubahan ph larutan katolit didapati tidak mempengaruhi peratus pemulihan emas dengan kaedah ini. Manakala kepekatan spesies ion-ion emas, sianida dan kalsium di dalam katolit pula didapati meningkatkan peratus pemulihan emas secara penyimenan galvani ini.