Publication: Kaedah Penyimenan Galvani Untuk Memendakkan Emas Dari Larutan Sianida Pada Grafit
| dc.contributor.author | Ngah, Che Wan Zanariah Che Wan | |
| dc.date.accessioned | 2026-09-28T06:19:12Z | |
| dc.date.available | 2026-09-28T06:19:12Z | |
| dc.date.issued | 1996-06 | |
| dc.description.abstract | Pemulihan emas dari larutan konvensional emas-sianida dengan kaedah penyimenan galvani menggunakan grafit poros sebagai katod dan logam zink sebagai anod akan dihurai. Membran pertukaran kation raipore RAI-4010 digunakan untuk mengelakkan percampuran di antara anolit dan katolit serta litar pintas ion-ion dalam larutan. Eksperimen dilakukan dalam sistem berkelompok (batch system) untuk melihat kecekapan pemulihan emas secara penyimenan galvani. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kaedah iru berupaya memulihkan lebih 99% daripada emas dari larutan konvensional emas-sianida yang telah disediakan secara sintetik. Kemuatan awal emas pada grafit dan perubahan ph larutan katolit didapati tidak mempengaruhi peratus pemulihan emas dengan kaedah ini. Manakala kepekatan spesies ion-ion emas, sianida dan kalsium di dalam katolit pula didapati meningkatkan peratus pemulihan emas secara penyimenan galvani ini. | |
| dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/25099 | |
| dc.title | Kaedah Penyimenan Galvani Untuk Memendakkan Emas Dari Larutan Sianida Pada Grafit | |
| dc.type | Resource Types::text::thesis::master thesis | |
| dspace.entity.type | Publication | |
| oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |