Publication:
Keberkesanan Modul Mfc-biotekh Berintegrasikan Microbial Fuel Cell Dalam Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Teknologi Hijau Dan Kemahiran Manipulatif Dalam Amali Biologi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2024-09
Authors
Man, Siti Rohana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Modul MFC-BioTekH yang berintegrasikan cabang teknologi hijau iaitu Microbial Fuel Cell atau Sel Bahan Bakar Mikrob dalam meningkatkan pengetahuan terhadap teknologi hijau dan kemahiran manipulatif dalam amali Biologi. Modul MFC-BioTekH dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan melibatkan pelbagai aktiviti MFC yang berteraskan amali. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian Penjelasan Berturutan KUAN-kual (QUAN-qual Sequential Explanatory Reasearch Design). Bagi kajian kuantitatif, reka bentuk Pra-Eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pasca Satu Kumpulan dijalankan menggunakan Soal Selidik Pengetahuan Terhadap Sel Bahan Bakar Mikrob (MFC) dan Rubrik Kemahiran Manipulatif manakala bagi kajian kualitatif, protokol temu bual separa berstruktur dan pemerhatian PdPc dilaksanakan. Kaedah pensampelan rawak digunakan bagi kajian kuantitatif melibatkan 44 orang murid tingkatan empat aliran sains tulen bagi menjalankan intervensi menggunakan Modul MFC-BioTekH manakala kaedah pensampelan bertujuan digunakan bagi kajian kualitatif melibatkan enam orang informan murid dan dua orang informan guru. Dua orang guru mata pelajaran Biologi terlibat secara kolaboratif sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi. Dapatan kajian kuantitatif diuji secara statistik inferensi menggunakan ANOVA Pengukuran Berulang manakala dapatan kajian kualitatif diterjemahkan menggunakan analisis tematik.
Description
Keywords
Keberkesanan Modul Mfc-biotekh Berintegrasikan Microbial Fuel Cell , Teknologi Hijau Dan Kemahiran Manipulatif Dalam Amali Biologi , Modul Mfc-biotekh , Microbial Fuel Cell , Man , Siti Rohana , Universiti Sains Malaysia
Citation