Publication:
Keberkesanan Modul Mfc-biotekh Berintegrasikan Microbial Fuel Cell Dalam Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Teknologi Hijau Dan Kemahiran Manipulatif Dalam Amali Biologi

dc.contributor.authorMan, Siti Rohana
dc.date.accessioned2025-08-20T01:16:07Z
dc.date.available2025-08-20T01:16:07Z
dc.date.issued2024-09
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Modul MFC-BioTekH yang berintegrasikan cabang teknologi hijau iaitu Microbial Fuel Cell atau Sel Bahan Bakar Mikrob dalam meningkatkan pengetahuan terhadap teknologi hijau dan kemahiran manipulatif dalam amali Biologi. Modul MFC-BioTekH dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan melibatkan pelbagai aktiviti MFC yang berteraskan amali. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian Penjelasan Berturutan KUAN-kual (QUAN-qual Sequential Explanatory Reasearch Design). Bagi kajian kuantitatif, reka bentuk Pra-Eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pasca Satu Kumpulan dijalankan menggunakan Soal Selidik Pengetahuan Terhadap Sel Bahan Bakar Mikrob (MFC) dan Rubrik Kemahiran Manipulatif manakala bagi kajian kualitatif, protokol temu bual separa berstruktur dan pemerhatian PdPc dilaksanakan. Kaedah pensampelan rawak digunakan bagi kajian kuantitatif melibatkan 44 orang murid tingkatan empat aliran sains tulen bagi menjalankan intervensi menggunakan Modul MFC-BioTekH manakala kaedah pensampelan bertujuan digunakan bagi kajian kualitatif melibatkan enam orang informan murid dan dua orang informan guru. Dua orang guru mata pelajaran Biologi terlibat secara kolaboratif sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi. Dapatan kajian kuantitatif diuji secara statistik inferensi menggunakan ANOVA Pengukuran Berulang manakala dapatan kajian kualitatif diterjemahkan menggunakan analisis tematik.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/22454
dc.subjectKeberkesanan Modul Mfc-biotekh Berintegrasikan Microbial Fuel Cell
dc.subjectTeknologi Hijau Dan Kemahiran Manipulatif Dalam Amali Biologi
dc.subjectModul Mfc-biotekh
dc.subjectMicrobial Fuel Cell
dc.subjectMan
dc.subjectSiti Rohana
dc.subjectUniversiti Sains Malaysia
dc.titleKeberkesanan Modul Mfc-biotekh Berintegrasikan Microbial Fuel Cell Dalam Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Teknologi Hijau Dan Kemahiran Manipulatif Dalam Amali Biologi
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files