Publication:
Pembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (K²B) Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja

Loading...
Thumbnail Image
Date
2022-03
Authors
Ishak, Nor Asikhin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian ini bertujuan membina modul berasaskan Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) bagi mengurangkan kemurungan remaja. Selain itu, kajian ini menguji kesan modul dalam menentukan kebolehgunaan modul pada remaja murung. Terdapat dua fasa dalam proses pembinaan modul ini iaitu (1) fasa reka bentuk dan pembangunan dan (2) fasa perlaksanaan dan penilaian. Fasa reka bentuk dan pembangunan meliputi semakan pakar dan ujian kebolehgunaan modul. Manakala fasa perlaksanaan dan penilaian, menggunakan perisian SPSS 22 bagi mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan serta menguji kesan modul. Bagi pendekatan kuantitatif, reka bentuk kajian kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan melibatkan pemilihan 40 remaja murung yang dipilih secara rawak berstrata. Manakala, bagi pendekatan kualitatif pemilihan melibatkan 4 kaunselor, 40 remaja murung dan 4 guru kelas yang dipilih secara persampelan bertujuan turut dijalankan. Dapatan daripada semakan pakar menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .93 dan .96.
Description
Keywords
Pembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling , Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja
Citation