Publication:
Pembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (K²B) Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja

dc.contributor.authorIshak, Nor Asikhin
dc.date.accessioned2023-08-28T06:29:20Z
dc.date.available2023-08-28T06:29:20Z
dc.date.issued2022-03
dc.description.abstractKajian ini bertujuan membina modul berasaskan Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) bagi mengurangkan kemurungan remaja. Selain itu, kajian ini menguji kesan modul dalam menentukan kebolehgunaan modul pada remaja murung. Terdapat dua fasa dalam proses pembinaan modul ini iaitu (1) fasa reka bentuk dan pembangunan dan (2) fasa perlaksanaan dan penilaian. Fasa reka bentuk dan pembangunan meliputi semakan pakar dan ujian kebolehgunaan modul. Manakala fasa perlaksanaan dan penilaian, menggunakan perisian SPSS 22 bagi mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan serta menguji kesan modul. Bagi pendekatan kuantitatif, reka bentuk kajian kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan melibatkan pemilihan 40 remaja murung yang dipilih secara rawak berstrata. Manakala, bagi pendekatan kualitatif pemilihan melibatkan 4 kaunselor, 40 remaja murung dan 4 guru kelas yang dipilih secara persampelan bertujuan turut dijalankan. Dapatan daripada semakan pakar menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .93 dan .96.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17440
dc.subjectPembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling
dc.subjectDalam Mengurangkan Kemurungan Remaja
dc.titlePembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (K²B) Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: