Publication: Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Biod Stem Animalia Peringkat Pra Universiti
Loading...
Date
2022-08
Authors
Hidayatul Illah, Ahmad Saad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan
pendekatan integrasi STEM (Modul BioD STEM Animalia) dalam topik Biodiversiti
serta mengenal pasti keperluan modul pembelajaran bagi pembelajaran Biologi,
mereka bentuk dan membangunkan modul dan menilai kebolehgunaan modul BioD
STEM Animalia di peringkat pra universiti. Kajian ini dilaksanakan dalam tiga fasa.
Objektif fasa pertama adalah untuk mengenal pasti keperluan Modul BioD STEM
Animalia bagi topik Biodiversiti di pra universiti. Satu kajian analisis keperluan
melalui kaedah tinjauan dan kualitatif dijalankan terhadap guru yang mengajar subjek
Biologi di pra universiti. Objektif fasa kedua kajian ini adalah untuk mereka bentuk
dan membangunkan modul BioD STEM Animalia bagi topik Biodiversiti di pra
universiti dengan menggunakan teknik Delphi dalam reka bentuk modul tersebut.
Objektif fasa ketiga kajian ini mengkaji kebolehgunaan modul BioD STEM Animalia
bagi modul pembelajaran Biologi di pra universiti untuk mengkaji pandangan guru
terhadap ciri-ciri kebolehgunaan modul dan mengkaji sikap pelajar terhadap
kebolehgunaan modul BioD STEM Animalia. Kajian ini merupakan Kajian
Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach)
merujuk kepada Model Pembinaan Modul ADDIE untuk membangunkan modul.
Analisis secara deskriptif dan min digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dan
kaedah temu bual serta analisis dokumen digunakan untuk menganalisis data kualitatif
bagi menentukan menentukan keperluan dalam reka bentuk modul BioD STEM
Animalia di pra universiti.
Description
Keywords
Biod Stem Animalia , Pra Universiti