Publication:
Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Biod Stem Animalia Peringkat Pra Universiti

dc.contributor.authorHidayatul Illah, Ahmad Saad
dc.date.accessioned2023-09-21T08:52:57Z
dc.date.available2023-09-21T08:52:57Z
dc.date.issued2022-08
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan pendekatan integrasi STEM (Modul BioD STEM Animalia) dalam topik Biodiversiti serta mengenal pasti keperluan modul pembelajaran bagi pembelajaran Biologi, mereka bentuk dan membangunkan modul dan menilai kebolehgunaan modul BioD STEM Animalia di peringkat pra universiti. Kajian ini dilaksanakan dalam tiga fasa. Objektif fasa pertama adalah untuk mengenal pasti keperluan Modul BioD STEM Animalia bagi topik Biodiversiti di pra universiti. Satu kajian analisis keperluan melalui kaedah tinjauan dan kualitatif dijalankan terhadap guru yang mengajar subjek Biologi di pra universiti. Objektif fasa kedua kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan modul BioD STEM Animalia bagi topik Biodiversiti di pra universiti dengan menggunakan teknik Delphi dalam reka bentuk modul tersebut. Objektif fasa ketiga kajian ini mengkaji kebolehgunaan modul BioD STEM Animalia bagi modul pembelajaran Biologi di pra universiti untuk mengkaji pandangan guru terhadap ciri-ciri kebolehgunaan modul dan mengkaji sikap pelajar terhadap kebolehgunaan modul BioD STEM Animalia. Kajian ini merupakan Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach) merujuk kepada Model Pembinaan Modul ADDIE untuk membangunkan modul. Analisis secara deskriptif dan min digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dan kaedah temu bual serta analisis dokumen digunakan untuk menganalisis data kualitatif bagi menentukan menentukan keperluan dalam reka bentuk modul BioD STEM Animalia di pra universiti.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17603
dc.language.isoother
dc.subjectBiod Stem Animalia
dc.subjectPra Universiti
dc.titleReka Bentuk Dan Pembangunan Modul Biod Stem Animalia Peringkat Pra Universiti
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files