Publication: Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Disney nlp Dalam Meningkatkan Kbat Dan Mengurangkan Kebimbangan Bagi Pengajaran Topik Berkaitan Kebarangkalian Di Kalangan Pelajar Matrikulasi
Loading...
Date
2022-12
Authors
Mohamad Amirnudin, Mohamad Tahar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Neuro Linguistic Programming (NLP) dikenali sebagai kajian tentang
kecemerlangan manusia kerana NLP mengkaji tentang proses tingkah laku yang paling
berkesan bagi mencapai kecemerlangan diri. Pendekatan ini menggunakan komunikasi
sama ada lisan atau bukan lisan untuk mempengaruhi sistem minda manusia bagi
mengubah tingkah laku dengan cepat dan berkesan. Komunikasi ini dapat mengubah
pengalaman yang disimpan dalam minda manusia dan seterusnya mengubah emosi,
pemikiran dan tingkah laku yang diperlukan. Oleh itu, modul yang menggunakan
pendekatan NLP iaitu Modul DisneyNLP telah dibangunkan dengan menggunakan
pendekatan Design and Development Research (DDR) yang bertujuan meningkatkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurangkan kebimbangan matematik
pelajar kolej matrikulasi di utara Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu fasa
analisis keperluan, fasa reka bentuk dan fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan,
telah dikutip dengan menggunakan borang soal selidik terhadap 72 pelajar dan
menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 17 orang pakar dalam bidang
pengajaran matematik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan
menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 21.
Data untuk fasa kedua, peringkat reka bentuk modul telah dikutip dengan
menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 17 orang panel pakar dalam
bidang pengajaran matematik.
Description
Keywords
Modul Disney nlp , Kbat , Matrikulasi