Publication:
Pembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Disney nlp Dalam Meningkatkan Kbat Dan Mengurangkan Kebimbangan Bagi Pengajaran Topik Berkaitan Kebarangkalian Di Kalangan Pelajar Matrikulasi

dc.contributor.authorMohamad Amirnudin, Mohamad Tahar
dc.date.accessioned2024-04-25T02:54:47Z
dc.date.available2024-04-25T02:54:47Z
dc.date.issued2022-12
dc.description.abstractNeuro Linguistic Programming (NLP) dikenali sebagai kajian tentang kecemerlangan manusia kerana NLP mengkaji tentang proses tingkah laku yang paling berkesan bagi mencapai kecemerlangan diri. Pendekatan ini menggunakan komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan untuk mempengaruhi sistem minda manusia bagi mengubah tingkah laku dengan cepat dan berkesan. Komunikasi ini dapat mengubah pengalaman yang disimpan dalam minda manusia dan seterusnya mengubah emosi, pemikiran dan tingkah laku yang diperlukan. Oleh itu, modul yang menggunakan pendekatan NLP iaitu Modul DisneyNLP telah dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang bertujuan meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurangkan kebimbangan matematik pelajar kolej matrikulasi di utara Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan, telah dikutip dengan menggunakan borang soal selidik terhadap 72 pelajar dan menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 17 orang pakar dalam bidang pengajaran matematik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 21. Data untuk fasa kedua, peringkat reka bentuk modul telah dikutip dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 17 orang panel pakar dalam bidang pengajaran matematik.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18996
dc.language.isoen
dc.subjectModul Disney nlp
dc.subjectKbat
dc.subjectMatrikulasi
dc.titlePembangunan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Disney nlp Dalam Meningkatkan Kbat Dan Mengurangkan Kebimbangan Bagi Pengajaran Topik Berkaitan Kebarangkalian Di Kalangan Pelajar Matrikulasi
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files