Publication:
Konsep Pembangunan Insan Berteraskan Nilai Mahabbah Dalam Kitab Kulliyyat Rasa’Il Al-Nur Karangan Badi‘ Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy

Loading...
Thumbnail Image
Date
2023-05
Authors
Khosim, Norullisza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Pembangunan insan menuntut pembangunan dari segenap aspek iaitu rohani, intelek, emosi, jasmani dan sosial (REIJS). Namun, sering kali pengabaian terhadap salah satu aspek berlaku yang menjadikan pembangunan tidak seimbang dan bersepadu, seterusnya memberi kesan negatif terhadap pembangunan individu, masyarakat dan tamadun keseluruhannya. Pembangunan insan dari segenap aspek ini dapat dilakukan dengan penerapan nilai mahabbah. Nilai mahabbah berperanan penting dalam proses tersebut untuk membentuk jati diri insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi apabila diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara berteraskan Islam. Oleh itu, bagi membudayakan pembangunan seimbang dan bersepadu dari segenap aspek, pembinaan konsep pembangunan insan berteraskan nilai mahabbah (PIBNiM) menjadi satu keperluan agar dapat dijadikan rujukan dalam proses pelaksanaan tersebut. Uniknya, terdapat sebuah kitab yang dinamakan Kulliyyat Rasa’il al-Nur karangan Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursiy turut membincangkan nilai mahabbah. Persoalannya, apakah nilai mahabbah dalam Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur? Apakah konsep PIBNiM berdasarkan Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur? Bagaimanakah konsep PIBNiM membantu setiap aspek pembangunan insan? Menerusi persoalan-persoalan ini, tiga objektif utama dibentuk.
Description
Keywords
Konsep Pembangunan Insan Berteraskan Nilai Mahabbah Dalam Kitab , Kulliyyat Rasa’Il Al-Nur Karangan Badi‘ Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy
Citation