Publication:
Konsep Pembangunan Insan Berteraskan Nilai Mahabbah Dalam Kitab Kulliyyat Rasa’Il Al-Nur Karangan Badi‘ Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy

dc.contributor.authorKhosim, Norullisza
dc.date.accessioned2024-04-29T02:08:09Z
dc.date.available2024-04-29T02:08:09Z
dc.date.issued2023-05
dc.description.abstractPembangunan insan menuntut pembangunan dari segenap aspek iaitu rohani, intelek, emosi, jasmani dan sosial (REIJS). Namun, sering kali pengabaian terhadap salah satu aspek berlaku yang menjadikan pembangunan tidak seimbang dan bersepadu, seterusnya memberi kesan negatif terhadap pembangunan individu, masyarakat dan tamadun keseluruhannya. Pembangunan insan dari segenap aspek ini dapat dilakukan dengan penerapan nilai mahabbah. Nilai mahabbah berperanan penting dalam proses tersebut untuk membentuk jati diri insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi apabila diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara berteraskan Islam. Oleh itu, bagi membudayakan pembangunan seimbang dan bersepadu dari segenap aspek, pembinaan konsep pembangunan insan berteraskan nilai mahabbah (PIBNiM) menjadi satu keperluan agar dapat dijadikan rujukan dalam proses pelaksanaan tersebut. Uniknya, terdapat sebuah kitab yang dinamakan Kulliyyat Rasa’il al-Nur karangan Badi‘ al-Zaman Sa‘id al-Nursiy turut membincangkan nilai mahabbah. Persoalannya, apakah nilai mahabbah dalam Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur? Apakah konsep PIBNiM berdasarkan Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur? Bagaimanakah konsep PIBNiM membantu setiap aspek pembangunan insan? Menerusi persoalan-persoalan ini, tiga objektif utama dibentuk.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/19020
dc.subjectKonsep Pembangunan Insan Berteraskan Nilai Mahabbah Dalam Kitab
dc.subjectKulliyyat Rasa’Il Al-Nur Karangan Badi‘ Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy
dc.titleKonsep Pembangunan Insan Berteraskan Nilai Mahabbah Dalam Kitab Kulliyyat Rasa’Il Al-Nur Karangan Badi‘ Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files