Publication: Keberkesanan Hukuman Mati Terhadap Pengedaran Dadah: Satu Kajian Persepsi Agensi Penguatkuasa Di Malaysia
Date
2022-02
Authors
Rajoo @ Balusamy, Balasubramaniam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pegawai penguatkuasa undang-undang terhadap tahap pengedaran dadah dan keberkesanan hukuman mati terhadap kesalahan pengedaran dadah di Malaysia memandangkan pengedaran dadah masih berleluasa walaupun terdapat hukuman mati sebagai aspek pencegahan. Statistik daripada Polis Diraja Malaysia dengan jelas menunjukkan bahawa tahap pengedaran dadah semakin meningkat setiap tahun dengan tangkapan dan rampasan dadah. Namun demikian tiada penyelesaian yang ketara dapat dilihat secara positif. Objektif kajian ialah untuk menilai dan menganalisis tahap pengedaran dadah dan keberkesanan hukuman mati terhadap kesalahan pengedaran dadah di Malaysia serta menyimpulkan pengaruh hukuman mati ke atas tahap pengedaran dadah di Malaysia.
Description
Keywords
Keberkesanan Hukuman Mati Terhadap Pengedaran Dadah , Satu Kajian Persepsi Agensi Penguatkuasa Di Malaysia