Publication:
Penggunaan E-Braille Al-Quran Terhadap Penguasaan Huruf, Baris Dan Petikan Surah Dalam Kalangan Murid Berkeperluan Khas Penglihatan

Thumbnail Image
Date
2022-08
Authors
Adnan, Mohamad Fakrul Razi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penggunaan E-Braille Al- Quran dalam meningkatkan tahap penguasaan huruf, baris dan petikan surah kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ketidakupayaan Penglihatan. Kajian ini telah menerangkan keberkesanan penggunaan E-Braille Al-Quran kepada MBK Ketidakupayaan Penglihatan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan E-Braille Al-Quran dalam meningkatkan tahap penguasaan huruf, baris dan petikan surah dalam Al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan iaitu pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif dengan menggunakan instrumen diagnostik dan temu bual untuk memungut data dan menilai tahap kebolehan MBK Ketidakupayaan Penglihatan dalam pembelajaran E-Braille Al-Quran. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan huruf, baris dan petikan surah selepas penggunaan E-Braille Al-Quran oleh MBK Ketidakupayaan Penglihatan.
Description
Keywords
E-Braille , Al-Quran , Murid Berkeperluan Khas
Citation