Publication:
Faktor Kecenderungan Remaja Pergi Ke Masjid Di Daerah Kinta Negeri Perak

Thumbnail Image
Date
2022-07
Authors
Haji Ibrahim, Muhammad Imran
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Dewasa ini terdapat cabaran besar untuk menarik remaja pergi ke masjid kerana persepsi terhadap masjid berubah mengikut perkembangan zaman. Namun begitu, terdapat sekumpulan remaja hadir ke masjid untuk solat dan menyertai program akitivi yang disediakan. Perkara ini menimbulkan persoalan apakah yang menyebabkan remaja tersebut suka pergi ke masjid. Hal ini menarik minat pengkaji untuk mengkaji apakah faktor-faktor kecenderungan remaja ke masjid supaya dijadikan asas kepada pelbagai program dan aktiviti masa hadapan bagi menarik minat remaja ke masjid. Justeru itu, kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan disokong oleh kaedah penyelidikan kualitatif. Data bagi kaedah kuantitatif diperoleh melalui edaran soal selidik kepada 452 orang remaja yang dipilih secara rawak terdiri dari kelompok yang selalu ke masjid dan pernah terlibat dengan program aktiviti masjid, Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dan MAIPk sendiri. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) Version 25 bagi mendapatkan skor min, peratusan, kekerapan, korelasi dan regresi berganda. Manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan 18 orang remaja di masjid bagi mendapatkan pandangan serta maklumat lanjut faktor dan tahap kecenderungan minat golongan muda ke masjid di samping mengukuhkan dapatan kajian.
Description
Keywords
Remaja , Masjid
Citation