Publication: Warna Setempat Dalam Novel Triler John Grisham Dan Ramlee Awang Murshid: Suatu Kajian Perbandingan
Date
2021-11
Authors
Nur Izwani Binti Mohamad Noor
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi menjawab permasalahan yang timbul. Adakah warna setempat ini memberi keunikan pada novel-novel triler yang dihasilkan? Seterusnya, apakah kelainan-kelainan itu dan apakah fungsinya dalam karya berkenaan? Adakah ia berfungsi sebagai kod sastera? Bagaimana keberkesanan warna setempat itu sebagai kod sastera? Kajian ini melihat kepada perbandingan warna setempat dalam karya kedua-dua pengarang. Karya triler Grisham yang dipilih ialah The Confession (2010), The Racketeer (2012), Sycamore Row (2013), dan Gray Mountain (2014). Manakala karya daripada Ramlee pula ialah Mandatori (2000), Pei Pan (2002), Rahsia Perindu (2005), dan Fiksyen 302 (2011).
Description
Keywords
Warna Setempat Dalam Novel Triler John Grisham Dan Ramlee Awang Murshid , Suatu Kajian Perbandingan