Publication:
Pelaksanaan Fungsi Komuniti Di Tiga Kampung Dengan Persekitaran Sosial Budaya Yang Berbeza Suatu Kajian Kes Di Desa Cimenyan Bandung

Thumbnail Image
Date
2013-04
Authors
Dwi Yuliani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Penyelidikan tentang pelaksanaan fungsi komuniti di ketiga-tiga kampung dengan persekitaran sosial budaya yang berbeza telah disokong oleh kenyataan bahawa pelbagai usaha telah dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan dan ternyata mengalami kegagalan. Antara faktor yang menjadi penyebab adalah kerana program yang dirancang kerapkali tidak mengambilkira ciri-ciri komuniti tertentu. Ciri-ciri komuniti boleh mempengaruhi bagaimana komuniti tersebut melaksanakan fungsinya sehingga setiap ahli komuniti dapat memenuhi keperluan asasnya. Berdasarkan latar belakang tersebut, kajian ini menfokus kepada persoalan bagaimana pelaksanaan fungsi komuniti di tiga buah kampung dengan persekitaran sosial budaya yang berbeza? Tiga kampung tersebut merujuk kepada kampung yang mewakili komuniti sederhana, komuniti pertengahan, dan komuniti moden.
Description
Keywords
Pelaksanaan Fungsi Komuniti Di Tiga Kampung , Persekitaran Sosial Budaya Yang Berbeza , Kajian Kes Di Desa Cimenyan Bandung
Citation