Publication:
Potensi Arkeopelancongan Gua Pelangi Jelebu Negeri Sembilan

Thumbnail Image
Date
2022-10
Authors
Mohd Gorip, Aziz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian di peringkat sarjana ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi arkeopelancongan di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan dengan tiga objektif iaitu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan komuniti di sekitar Gua Pelangi tentang tapak ini dan kaitannya dengan arkeopelancongan, mengenalpasti tahap kesediaan komuniti di sekitar Gua Pelangi untuk menjadikannya sebagai produk pelancongan ikonik, dan menentukan hala tuju arkeopelancongan Gua Pelangi berdasarkan perbandingan dengan pelancongan gua yang telah diiktiraf di seluruh dunia. Kajian telah melibatkan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitaf melalui temubual, pengedaran borang soal selidik kajian rintis dan kajian sebenar. Data kajian sebenar terhadap 300 responden telah dianalisis dengan kaedah SPSS versi 12.0 dan PLS-SEM 2.0. yang melibatkan analisis demografi, ujian kebolehpercayaan, analisis kekerapan dan peratus untuk setiap 24 item dan dipersembahkan dalam bentuk histogram, analisis faktor, analisis SWOT dan Business Canvas Model. Umumnya kajian mendapati arkeopelancongan Gua Pelangi adalah sangat berpotensi untuk dibangunkan. Kejituan (nilai ɑ, faktor pemuatan, AVE, CR, R² dan Korelasi Pearson) 24 item soal selidik tentang tahap pengetahuan dan kesediaan komuniti menunjukkan komuniti setempat bersetuju Gua Pelangi menjadi satu produk arkeopelancongan.
Description
Keywords
Potensi Arkeopelancongan Gua Pelangi Jelebu Negeri Sembilan
Citation