Publication:
Meneroka Interaksi Pelajar Terhadap Hafalan Al-qur'an Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Teknik Loci, Pengulangan Jarak, Dan Pengetulan Kandungan

Thumbnail Image
Date
2022-06
Authors
Aziz, Mu’azah Md
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Permasalahan utama yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran hafalan al-Qur’an di Kulliyyah Usuluddin dan Sains Qur’an (KUSQ), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) adalah mereka tidak dapat menyempurnakan hafalan sebanyak lima juzuk dalam setiap semester seterusnya mereka tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan akhir dan dikira gagal. Pencapaian hafalan pelajar dengan menggunakan kaedah konvensional adalah hanya pada tahap sederhana serta memuaskan, malah ada yang gagal dalam menyempurnakan hafalan mengikut muqarrar (silibus) yang ditetapkan, kurang bermotivasi dalam usaha melakukan hafalan, tidak dapat melakukan hafalan dengan penuh istiqamah (konsisten), mudah bosan semasa melakukan hafalan serta kurang keyakinan diri untuk melakukan proses tasmi’ (memperdengarkan) di hadapan pensyarah. Kualiti hafalan al-Qur’an adalah bergantung kepada kaedah dan proses pembelajaran yang dilakukan selain disiplin yang tinggi oleh penghafaz al-Qur’an. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka pengalaman dan persepsi pelajar menggunakan aplikasi teknologi mudah alih berbantukan teknik hafalan dan gamifikasi dalam proses hafalan al-Qur’an sebagai kaedah alternatif menggantikan kaedah konvensional pembelajaran hafalan al-Qur’an. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan jenis kajian kes dipilih berdasarkan sampel seramai tujuh orang pelajar Semester 1 di KUSQ, UniSHAMS
Description
Keywords
Meneroka Interaksi Pelajar Terhadap Hafalan Al-qur'an , Aplikasi Mudah Alih , Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Teknik Loci Pengulangan Jarak Dan Pengetulan Kandungan , Aziz Mu’azah Md , Mu’azah Md Aziz , Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia
Citation