Publication: Pembinaan Ujian Diagnostik Kemahiran Proses Sains Bersepadu Tahun Lima Menggunakan Model Pengukuran Rasch
Date
2023-08
Authors
Nazahiyah Binti Mustafa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan ujian diagnostik untuk mengenal
pasti kelemahan murid darjah lima dalam menguasai kemahiran proses sains
bersepadu bagi tajuk Elektrik. Seramai 500 orang murid daripada lima daerah iaitu
Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan
Barat Daya di Pulau Pinang digunakan sebagai sampel untuk kajian ini. Instrumen
yang digunakan adalah ujian diagnostik yang dibina berpandukan kepada enam
pendekatan yang dicadangkan oleh Nitko dan Brookhart (2015). Instrumen kajian
mengandungi 60 item yang terdiri daripada 10 item dari setiap enam pendekatan iaitu
(1) profil kekuatan dan kelemahan, (2) defisit kekurangan pengetahuan prasyarat, (3)
objektif pembelajaran yang tidak dikuasai, (4) kesalahan murid, (5) struktur
pengetahuan murid dan (6) kompentensi penyelesaian masalah. Ujian diagnostik yang
dibina terdiri daripada dua bahagian iaitu item aneka pilihan dan item respons terhad.
Setiap item menguji kemahiran proses sains bersepadu dalam mata pelajaran sains bagi
topik Elektik tahun lima. Pengujian kualiti item yang dibina dilakukan menggunakan
perisian kerangka pengukuran Model Rasch dengan perisian WINSTEPS 3.74.
Analisis menunjukkan indeks kebolehpercayaan responden adalah .86, mana kala
indeks kebolehpercayaan item adalah .98. Dari sudut polariti item, julat nilai PTMEA
Corr adalah di antara.17 dan .47. Dari segi keserasian data dengan ekspektasi model
Rasch pula, kajian menunjukkan bahawa statistik infit dan outfit mean square (MNSQ)
berada pada julat 0.79 logit dan 1.18, iaitu dalam julat yang boleh diterima.
Description
Keywords
Sains Bersepadu , Tahun Lima , Pengukuran Rasch