Publication: Warisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman
Date
2023-07
Authors
Ali, Mohd Amin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini memilih tajuk Pemasaran Pelancongan Warisan di daerah Kuala Muda kerana daerah ini baharu sahaja diperkenalkan dengan tiga produk warisan iaitu geologi (geotapak), biologi (biotapak) dan arkeologi (tapak geoarkeologi) secara rasmi sempena pemasyhuran Jerai Geopark pada 2017. Ini bermakna program geopark telah meningkatkan nilai pelancongan sedia ada di daerah Kuala Muda yang asalnya dalam bentuk ekopelancongan ke satu tahap pelancongan warisan berilmu di bawah geopelancongan. Berdasarkan pengurusan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) terhadap tapak UNESCO Global Geopark (UGGp), World Heritage Site (WHS) dan Man and Biosphere (MAB) mendapati pelancongan warisan berilmu ini hanya akan berjaya dengan lestari sekiranya komuniti dilibatkan sepenuhnya. Sehubungan itu objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti nilai produk pelancongan warisan di daerah Kuala Muda, (ii) menentukan tahap pengetahuan komuniti, (iii) mengenal pasti pendapat komuniti dan (iv) menentukan hala tuju pemasaran pelancongan warisan di daerah Kuala Muda. Bagi mencapai objektif kajian maka kaedah soal selidik dijalankan melalui temu bual, Kajian Rintis dan Kajian Sebenar. Data akhir akan dianalisis dengan perisian SPSS.
Description
Keywords
Arkeologi , Alam Semulajadi , Pelancongan